Thursday, January 19, 2012

apa kata doktor tadi......

Soleh cuba melenakan diri..akak nora kena menaip guna sebelah tangan sebab bila angkat tangan tu..dia akan tarik letak balik kat dada dia.


Akak nora pun hairan dengan doktor ni.. Hari tu kata berita baik..hari ni lain pula..


"esok adalah operation besar..50% peluang untuk dia selamat dan besar kemungkinan dia tidak akan sedar selepas dibius. Ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak boleh dibuang kesemuanya...hanya separuh atau kurang daripada itu. Jika berlaku pendarahan terlalu banyak...operation itu tidak dapt diteruskan. U kena set your mind..budak ini mungkin tak boleh survive. Tapi kalau u tak buat operation...budak ini tak boleh survive sehingga umurnya 2 tahun.."


Itu kata doktor..akak mendengar dengan tenang...menangis...? Tiada genangan air mata...bukan akak nora nak berlagak kuat...sebenarnya...sungguh akak nora da rasa lemah sangat-sangat.


Sekali lagi..akak nora diuji dengan pilihan. Bukan kecil..ini melibatkan nyawa anak akak. Benar..jika akak tak pilih operation..soleh langsung tak menunjukkan potensi dia makin pulih. Sedikit pun usaha kami tak membawa kepada kepulihan dia.


Soleh makin susah menelan makanan..sukar bernafas..mata dah tak boleh dibuka..bergerak sudah lemah sekali. Kesian masa dia nak minum atau menyusu. Kepala pula sudah ibarat tertarik ke belakang...


Emak akak nora yang teman akak ni..berkali-kali kata tak lalu dah nak tengok. Macamana dengan akak? Ibu dia...mak akak gesa buat keputusan...tolong letakkan diri anda ditempat akak nora. Buat salah tak buat pun salah...


Akak nora faham itu semua ketentuan Illahi...jadi, boleh tak sekarang ni...tiba masa akak serahkan segala-galanya...redha dan pasrah pada Dia...sungguh maha dasyat buntu di benak fikiran akak sekarang ni...


Published with Blogger-droid v2.0.2

8 comments:

  1. akak..byk² bersabar yer.. semoga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  2. kpd kak nora...
    buat bsabar byk2 ya kak..
    mungkin ALLAH nak uji akak utk mnguji thap keimanan akak..
    smoga sgale2 nya berjalan dgn lancar....
    kak nora kuatkan smangat ya kak....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Nora...banyak2kan lah bersabar yer mohom petunjuk dr Allah moga Nora sekeluarga tabah dgn dugaan ini..InsyaAllah Allah akan membantu pada hamba2nya yg berdoa..:(

    ReplyDelete
  4. ya allah besar sungguh dugaan mu...x tahan bila bce sume ksah2 adik soleh...kepada k.nora semoga sentiasa tabah kerana itulah kekuatan tuk soleh...inyaalh segalanya akn bjalan dgn lancar...kami sentiasa akn mendoakn yg terbaik tuk adik soleh...semoga adik soleh dpt mengharunginya dan kembali seperti sedia kala...inyallah...

    ReplyDelete
  5. Sy doakn kesihatan ank & ketabahan akak nora..Amin.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak.

    Kisah saya pun lebih kurang dengan akak. Bezanya abah saya kencing manis, tahap sampai doc cakap kene operate. Kata2 doc, "Nak operate tomorrow maybe guna full body punya bius sebab depends on body. If xjalan dengan half body bius, then kami buat full. If buat full, berkemungkinan right after operation terus masuk ICU."

    Kami pun xmenangis waktu tu, sedih sangat2 sampai xboleh nak menangis. Apa yang kami buat, redha dan pasrah. Kalau itu dah ketentuan. Buatlah solat hajat, insyaAllah. Doa ibu itu kan mudah makbul.

    ReplyDelete
  7. semoga senyuman kembali terukir di wajah....Allah pasti mempunyai perancangan yang terbaik buat anak, akak dan keluarga...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....