Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, January 19, 2012

hari persediaan buat soleh..ikhtiar kemuncak ibu buat soleh...

Akak nora dah selesai subuh di pagi khamis yang hening ni..kembali di wad kanak-kanak di Sime Darby Medical Centre. Setelah beberapa hari asyik singgah macam pergi ke sekolah je..cukup masa pulang dan tidur di rumah. Tapi..bukan itu yang kami buat. Memang kami keluar dan pulang..tapi ada agenda lain sebelum pulang rumah. Termasuk lah semalam...itu pula ikhtiar dari en.hubby. Walau dah di hujung-hujungnya..kami tetap usaha apa termampu.


Hari ini hari terakhir sebelum soleh di bedah esok hari. Mesti macam-macam soleh nak buat kan...yang akak nora asyik diperingatkan ialah ujian darah.


Sebenarnya ada sedikit kisah berkaitan operation ni...doktor ada kesan sedikit berita baik. Mengikut scan terakhir yang kami minta...sebab perawat secara islam yang merawat soleh yakin benda itu dah kecut. Ironinya..memang sampai sekarang doktor tak tunjuk scan terbaru itu. Bermunajat lah kami sebelum menerima laporan scan terbaru itu...tapi yang sampai doktor pakar bedahnya yang dengan yakin menyatakan pembedahan ini pasti boleh buat ...dan kalau pergi mana-mana mesti pakar bedah kata boleh buat.


Bila kami tanyakan tentang filem scan tu..dia kata sama saje di tempat sama..cuma dia dapat kesan ketumbuhan itu berada sedikit jauh dari saraf-saraf otak soleh yang menjadi dia optimistik dengan operation itu. Emmm..yang perawat tradisional tu pun optimistik dengan cara dia...yang mistik, kami di tengah-tengah. Doktor kata kalau kami tak lakukan pembedahan itu..dia kata Soleh ada masa 2,3 bulan sahaja untuk hidup. Hmmmm......


Risiko tetap ada...risiko soleh tidak sedar selepas operation. Akak nora faham...dan en.hubby ragu-ragu nak setuju. Tapi..entah...akak setuju je...akak da buat istikharah berkali-kali minta pentunjuk. Dengan ingatan pada Allah, moga itu pilihan terbaik ya Allah...moga Allah beri keberkatan dengan usaha kami dan semangat kuat soleh yang berjuang ni...


Nenek soleh dah berkali minta pihak masjid buat solat hajat buat soleh. Ye lah..akak nora buat apa yang termampu...itu pun masa soleh tak meragam guling-guling..kadang-kadang tak tidur malam sampai ke pagi. Selebihnya..membaca Al-quran dan berzikir moga soleh tenang dah pulih dengan al quran dan zikrullah.


Kepada yang mengingati akak nora dan mendoakan kesejahteraan Soleh..akak nora yakin Allah sentiasa bersama anda dan merahmati ingatan tulus ikhlas anda itu. Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.2

8 comments:

  1. lulu doakan...lulu doakan.. tabahkanlah hati kakak sekeluarga, dan permudahkanlah segalanya buat adik soleh

    ReplyDelete
  2. Ya Allah Nora,,sebak sungguh tengok keadaan Soleh.
    Banyakkan sabar dan tawakkal ye dear..Nora dah berikhtiar sebaik mungkin, yang lain kita serahkan pada Allah swt... InsyaAllah..

    Kakya terus mendoakan agar Adik Soleh dalam lindungan NYA jua...

    ReplyDelete
  3. SABARYE..
    INSYAALLAH...SEMUANYA AKAN SELAMAT
    SAMA2LAH KITA BERDOA...
    SY FAHAM PERASAAN SEORANG IBU...
    SEMOGA SOLEH SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN TERSEBUT...AMIN3 ...

    ReplyDelete
  4. salam kak nora..
    saye ni slalu bc blog kk nora tiap kali bc pasal adik soleh mesti air mate sye mengalir. sye harap akk tabah hadapi sume ni krane ketabahan kak nora kekuatan bg adk soleh. sye doakan adk soleh akan cepat sembuh..aminnn

    ReplyDelete
  5. salam akak...nana baru jumpa blog akak.....aduhai kuatnyer semangat akak menempuhi dugaan ini...semoga adik soleh cepat sembuh.......

    ReplyDelete
  6. akak, sy doakan akak tabah hadapi dugaan nie..same2 kite doakan soleh kembali chat spt bese..InsyaAllah..akak dh cube yg terbaek..yakin dgn ketentuan Allah..DIA tdak akan mengecewakan org yg berusaha dan tidak lupe pdNYA..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Nora...bersabar la yer moga Soleh akan selamat dlm pembedahanan itu dan akan segera sembuh banyak2kanlah berdoa pada Allah semoga Allah beri jalan dan petunjuknya...InsyaAllah..:(

    http://maszull.blogspot.com/2012/01/semoga-adik-soleh-cepat-cepat-sembuh-ye.html

    ReplyDelete
  8. tabahkan ht kak..semoga adik soleh selamat menjalani pembedahan ni..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...